HULU SELANGOR: Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Meta Platforms Inc (Meta) sedang membangunkan satu kemudahan WhatsApp Chatbot yang akan dilancarkan hujung bulan ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kemudahan Chatbot menerusi aplikasi WhatsApp milik Meta itu akan berperanan sebagai platform bagi semakan kesahihan fakta dan maklumat oleh pengguna terhadap sebarang mesej yang disebarkan di aplikasi berkenaan.
Katanya beliau sudah mencuba dan berpuas hati dengan aplikasi itu, namun ketika ini ia memerlukan sedikit masa bagi menyelesaikan beberapa aspek teknikal bersama Meta, sebelum boleh dilancarkan.
"Kemudahan ini kita bangunkan kerana banyak mesej-mesej tidak benar, fitnah disebarkan menerusi WhatsApp, jadi kita pilih (untuk) letakkan penyelesaian di aplikasi itu juga. Pengguna boleh berkongsi dengan Chatbot (mengenai) sebarang mesej diterima untuk dipastikan kesahihannya,dan akan mendapat maklum balas dalam tempoh satu atau dua minit.
"Untuk jawapan semakan kesahihan oleh Chatbot itu, kita bekerjasama dengan laporan daripada kumpulan JomCheck iaitu melibatkan beberapa NGO (pertubuhan bukan kerajaan) termasuk MyCheck daripada Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) yang mempunyai standard amat tinggi," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pra Pelancaran Rangka Kerja Perkongsian Rangkaian dan Infrastruktur di sini yang turut dihadiri Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Mazlan Abd Mutalib dan Ketua Pegawai Pembangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Ir Azizi A. Hadi.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kemudahan WhatsApp Chatbot itu mampu memberi reaksi dan maklum balas kepada setiap pertanyaan pengguna dalam pelbagai bahasa utama antaranya Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.
"Namun ketika ini WhatsApp Chatbot hanya berdasarkan text...maknanya kalau kita hantar dokumen, video atau gambar, dia belum ada lagi kemampuan untuk semak dan sahkan, tetapi saya harap pada masa depan akan ada kemampuan itu," katanya.
Sementara itu merujuk kepada majlis hari ini Fahmi berkata enam pengendali rangkaian mudah alih (MNO) telah bersetuju dengan rangka kerja perkongsian rangkaian dan infrastruktur dalam menawarkan liputan yang lebih baik dan menyeluruh kepada pengguna.
Enam MNO berkenaan adalah CelcomDigi (dua rangkaian berasingan), Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL Communications.
"Sehingga kini 102 menara telah dikenal pasti di tujuh kawasan utama yang akan mempunyai liputan sama rata oleh enam MNO meliputi lebuh raya, universiti awam, hospital, stadium, kawasan tumpuan pelancong, kem askar serta kuarters polis dan juga kawasan-kawasan sambutan perayaan.
"Setakat ini, kemajuan melengkapkan liputan sudah melebihi 70 peratus di lokasi-lokasi tapak... di Kuala Kubu Baharu sahaja, terdapat sembilan menara, dengan lima daripadanya melaksanakan perkongsian rangkaian antara MNO," katanya.
Fahmi berkata dalam tempoh enam hingga 12 bulan selepas majlis hari ini, pihak MNO akan menguji model pelaksanaan di dalam rangka kerja pada rangkaian dan menara sebenar (live network) di lima lokasi yang telah dikenal pasti.
Sementara itu beliau berkata pihak kementerian juga sedang berbincang dengan syarikat telco dalam usaha mewujudkan inisiatif pelan 5G RAHMAH buat golongan mahasiswa di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Kemudahan itu berperanan sebagai platform bagi semakan kesahihan fakta dan maklumat oleh pengguna terhadap sebarang mesej yang disebarkan. - Gambar hiasan
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Skuad Inspektor 1964 rai ulang tahun ke-60 di Pulapol
Skuad Inspektor 1/1964 hari ini meraikan ulang tahun ke-60 dengan melawat lokasi permulaan kerjaya mereka sebelum bergelar pegawai polis.
Fokus Minggu Depan: Pasca keputusan SPM – Kelebihan menerokai teknologi baharu dan kecerdasan buatan
Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin
Ribuan individu berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berasa bimbang dengan aksi goyah Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.
Misi PBB di Iraq ditamatkan selepas lebih 20 tahun
Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Iraq akan ditamatkan pada penghujung 2025 selepas dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Jumaat.
ISWC 2024: Tingkatkan kesedaran persaraan rakyat di sebalik tekanan kewangan
Perancangan persaraan perlu dimulakan sebaik sahaja seseorang mula bekerja untuk mendapat kesan penggandaan dividen yang optimum.
Kementerian Komunikasi kerjasama dengan Meta bangunkan WhatsApp Chatbot, perangi berita palsu
Kemudahan itu berperanan sebagai platform bagi semakan kesahihan fakta dan maklumat oleh pengguna terhadap sebarang mesej yang disebarkan.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Kandungan podcast langgar batas undang-undang boleh diambil tindakan - Fahmi
Kerajaan belum berhasrat untuk mengenakan sebarang kawal selia ke atas kandungan yang dihasilkan pengendali audio siar atau podcast.
Kerajaan kaji penurunan caj jalur lebar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan membincangkan penurunan caj perkhidmatan langganan jalur lebar.